Sunday, July 25, 2010

Next big thing 2

its all about u..
But tonite, i fell down, hopeles are around me. Nothing to do, not special anymore.

Where must i go, what to do?

Dreaming about cake that u made just now.
I will eat it, no matter it is delicious or not. That how i gonna accepting people into my life.

Minat dan warisan


Aku jumpe gerai parang ni kat ekspo jualan makanan Paroi. Tertarik, lalu singgah. Sangat cantik dan berguna sungguh. Teragak-agak, mcm dk beli hari tu. Kualiti sgt bagus, pembuat mata parang pun macam dah bertaun pengalaman. Harga 270 paling murah bagi saiz parang biasa.

Lain kali cari lagi, moga berjumpa lagi dengan poket penuh.

Next big thing


Bercadang untuk melakukan pelaburan, kereta adalah antara tiga perancangan, selain rumah dan rumah tangga. Ada jugak suh masuh amanah saham. Tah ble mase aku nk g, tp x buatskarang, rugi woo..

Err..kereta bukan pelaburan, tu peleburan nilai matawang..

Lawa kereta ni, persona. Tapi nak bayar bulanan sangat pedih. Cadang nak bagi bayr muka yang besau, tp lagi lambat la jadi pemandu, dah penat dah jadi penunggang.

p/s: sebenarnya post ini aku simpan tahun lepas. Ni baru aku lepaskan, dan pasal gambar ni la aku rasa Proton Persona tu cantik, dan aku memilikinya sekarang.

Saturday, July 17, 2010

Never love a love that hurts...
never hurt a love that loved


Sunday, June 6, 2010

Bunga


Bunga ni aku pun tak tahu namanya, sangat comel. (he..he comel tau, bukan cantik) aku selalu ambil gambar. Memang ade bunga lain yang lagi cantik dan lawa, aku ambil gambar, tapi bunga ni lain, lagi banyak gambarnya. Aku rasa sangat dekat. Pasal selalu kembang pagi-pagi, menceriakan aku bila penat bekerja. Bila aku balik kerja, selalu dapat tengok bunga ni. Senang tanam, tahan lasak. Aku tak tanam bunga ok! Setahu aku, lepas pokok bunga ini ditanam, xpayah risau nak siram air, pandai hidup sendiri. Tak pernah aku tengok daun pokok ini layu atau dimakan serangga perosak. Memang survivor lah. Yang best nyer, mesti ade lebah yang rajin memungut madu, selalu payah nak tangkap gambar lebahnya, tapi bukan mustahil, ada lah sekali dua dapat betul-betul lebah ditengah-tengah. Untuk kali ini, aku tumpu pasal nak cerita pasal bunga, lantak la kau lebah, nak terlokop ke apa. Lepas sahaja lebah tersebut itu terbang pergi, bunga ni masih cantik macam biasa, gagah dan hidup berdikari. Aku suka bunga macam ni, jika boleh, nak sebarkan genetik bunga ni ke bunga-bunga cantik yang lain, yang manja, lemah dan mengecewakan. Suka aku memerhatikan bunga ini hari-demi hari, tapi buat seperti biasa saja. Jangan risau cik bunga, sehari kemarau, musim hujan aku bekalkan. Tapi bagilah aku bunga yang ceria tiap hari.

Friday, May 28, 2010

Air yang tenang


Di kala ini aku berasa aman dan tenang, segala yang aku rancangkan selama sebulan kini sudah separuh jalan. Aku menjalankan kehidupan yang perlu aku jalani, berdoa dan bertawakkal sentiasa agar segala kudrat dan keringat yang aku usahakan, berhasil. Ada yang bertanya kehairanan, adakah yang aku miliki tidak cukup? Atau sengaja mencari penyakit? Aku tahu bahawa aku dijalan yang betul, telah diteliti setiap kelebihan dan kekurangan, tetapi jauh terpendam di hati, masih menunggu kepastian, adakah ianya menepati jangkaan. Menunggu dan terus menunggu, pelaburan yang besar untuk masa depan yang aku tuju sendiri. Jika untung sabut maka timbul, jika untung batu, maka tenggelamlah. Aku tidak akan berlayar dengan hanya sabut kelapa, paling kurang pun bersama benih kelapa. Tidak sesekali aku tenggelam bersama batu buruk. Aku akan bawakan permata yang bersinar menyilaukan mata. Asal biji yang baik, hanyut dilaut menjadi pulau, terbenam di laut menjadi mutiara, tergantung dilangit menjadi bintang. Apa - apa sajalah..

Wednesday, May 19, 2010

Percutian sekerja


Suatu ketika dahulu, aku mempunyai rakan sekerja yang baik, suasana kerja yang menggalakkan. Tetapi tidak terlapas dari kesibukan dibebani kerja yang melampaui batas. Itu semua adalah urusan pekerja dengan syarikat, kita yang sama-sama cari makan, pandai-pandailah nak terus hidup. Atas dasar saling memahami, maka dianjurkan percutian sekerja. Semua rakan sekerja sepakat menjayakan aktiviti ini dengan mengasingkan jadual kerja semata-mata nak rehatkan minda kononnya. Ntah bilakah aku dapat merasai suasana begini? Ha ha, dalam post sebelum ni aku telah mandi air gunung, ni pulak aku kena air laut. Kedua-dua telah menjadi sejarah, sekarang menghitung hari saje untuk bertemu rakan kerja baru. Tidak mengapa, kerja dahulu baru enjoy!

Cerita hati aku




Semasa cerita ni keluar di pawagam, aku langsung tak ambil kisah..
Apabila adik aku membeli novelnya, aku tak jenguk langsung..
Walaupun aku penggemar DVD, aku lebih minat Hollywod yang penuh kesan khas..
Bila waktu kerja, ade pulak email kawan-kawan, dan terbagi la pulak novel 'soft copy' pada aku.
Sedang boring-boring kerja shift malam, terlayan pulak novel ni..
Penyakit angau aku pn datang...
Tak cukup soft copy novel, aku tengok kat youtube, 12 part pun tak ape.
Baca lagi tiap-tiap shift malam (lepas semua kerja selesai), siap runut bunyi asal (OST)
Lagu yang anda semua dengar ni la!!

Tak puas hati, terpikir la pulak, rajinnya diorang taip satu novel tu.
Oh, rupenya memang penulisnya yang bagi percuma kat laman web cerita ni.
Terima kasih Habbiburrahman Al Shirazy.
Ade suatu pengajaran untuk aku ingat, fahami dan amalkan.

Monday, May 17, 2010

Tangkap Muat

Telah menjadi tren sekarang, ramai yang suka mengambil gambar. Tak kesahlah, nk jadi poyo ker, nk jd kerier ker, lantak la korang. Aku pn termakan 'racun' jugak. hehe. Kat sini aku letak la beberapa gambar-gambar yang bukan lah koleksi terbaik aku (cover version).

My First




Hidup yang aku lalui, ada banyak kenangan pahit manis. Semakin lame aku hidup, aku belajar untuk berhati-hati. Belajar untuk berdikari, belajar untuk terus hidup, menyesuaikan diri, mengadaptasi dari apa yang dilihat, didengar, seperti kata bijak pandai:
"orang yang bijak, belajar dari pengalaman, orang yang lebih bijak, belajar dari pengalaman orang lain"

Mengadaptasi, lebih tepat adalah meniru, tidak salah meniru, ia cara untuk belajar. Akan tetapi, gunakanlah akal fikiran untuk disesuaikan dengan kegunaan sendiri. Jikalau tiada ilham, persekitaran yang pada asalnya penarik tumpuan, akan menjadi guru untuk mengharungi kehidupan.

Walau apa jua yang aku ceritakan disini, bukan lah sesuatu yang menarik untuk dibaca. Ia sebahagian dari diri aku, cara aku berfikir pada asasnya, dan orang berfikir cara yang sama. Jadi, apakah jadahnya aku menulis di malam hari ini?

Lupekan! Lihat sahaja gambar yang aku hidangkan di atas, bagi aku ia menarik perhatian apabila terpacul bulan disiang hari. Ia jelas menjengkelkan di hamparan langit. Diabadikan pada awal tahun 2010, dimana angan bertiup agak malas dan matahari terik, air pantas menjadi wap, tetapi tidak diganggu oleh tiupan bayu mengganas, terhasil gambaran tersebut, kawanan awan berkupul-kepul disuatu tempat. Tidak mengganggu pandangan terus ke dada langit biru.

Masih ada beberapa gambaran langit, dimana kawanan awan lebih mesra dan langit seperti dilukis oleh kanak-kanak tadika, dengan biru penuh, tanpa pencabulan teknologi visual. Aku akan letakkan untuk tatapan akan datang.