Sunday, June 6, 2010

Bunga


Bunga ni aku pun tak tahu namanya, sangat comel. (he..he comel tau, bukan cantik) aku selalu ambil gambar. Memang ade bunga lain yang lagi cantik dan lawa, aku ambil gambar, tapi bunga ni lain, lagi banyak gambarnya. Aku rasa sangat dekat. Pasal selalu kembang pagi-pagi, menceriakan aku bila penat bekerja. Bila aku balik kerja, selalu dapat tengok bunga ni. Senang tanam, tahan lasak. Aku tak tanam bunga ok! Setahu aku, lepas pokok bunga ini ditanam, xpayah risau nak siram air, pandai hidup sendiri. Tak pernah aku tengok daun pokok ini layu atau dimakan serangga perosak. Memang survivor lah. Yang best nyer, mesti ade lebah yang rajin memungut madu, selalu payah nak tangkap gambar lebahnya, tapi bukan mustahil, ada lah sekali dua dapat betul-betul lebah ditengah-tengah. Untuk kali ini, aku tumpu pasal nak cerita pasal bunga, lantak la kau lebah, nak terlokop ke apa. Lepas sahaja lebah tersebut itu terbang pergi, bunga ni masih cantik macam biasa, gagah dan hidup berdikari. Aku suka bunga macam ni, jika boleh, nak sebarkan genetik bunga ni ke bunga-bunga cantik yang lain, yang manja, lemah dan mengecewakan. Suka aku memerhatikan bunga ini hari-demi hari, tapi buat seperti biasa saja. Jangan risau cik bunga, sehari kemarau, musim hujan aku bekalkan. Tapi bagilah aku bunga yang ceria tiap hari.