Friday, May 28, 2010

Air yang tenang


Di kala ini aku berasa aman dan tenang, segala yang aku rancangkan selama sebulan kini sudah separuh jalan. Aku menjalankan kehidupan yang perlu aku jalani, berdoa dan bertawakkal sentiasa agar segala kudrat dan keringat yang aku usahakan, berhasil. Ada yang bertanya kehairanan, adakah yang aku miliki tidak cukup? Atau sengaja mencari penyakit? Aku tahu bahawa aku dijalan yang betul, telah diteliti setiap kelebihan dan kekurangan, tetapi jauh terpendam di hati, masih menunggu kepastian, adakah ianya menepati jangkaan. Menunggu dan terus menunggu, pelaburan yang besar untuk masa depan yang aku tuju sendiri. Jika untung sabut maka timbul, jika untung batu, maka tenggelamlah. Aku tidak akan berlayar dengan hanya sabut kelapa, paling kurang pun bersama benih kelapa. Tidak sesekali aku tenggelam bersama batu buruk. Aku akan bawakan permata yang bersinar menyilaukan mata. Asal biji yang baik, hanyut dilaut menjadi pulau, terbenam di laut menjadi mutiara, tergantung dilangit menjadi bintang. Apa - apa sajalah..

Wednesday, May 19, 2010

Percutian sekerja


Suatu ketika dahulu, aku mempunyai rakan sekerja yang baik, suasana kerja yang menggalakkan. Tetapi tidak terlapas dari kesibukan dibebani kerja yang melampaui batas. Itu semua adalah urusan pekerja dengan syarikat, kita yang sama-sama cari makan, pandai-pandailah nak terus hidup. Atas dasar saling memahami, maka dianjurkan percutian sekerja. Semua rakan sekerja sepakat menjayakan aktiviti ini dengan mengasingkan jadual kerja semata-mata nak rehatkan minda kononnya. Ntah bilakah aku dapat merasai suasana begini? Ha ha, dalam post sebelum ni aku telah mandi air gunung, ni pulak aku kena air laut. Kedua-dua telah menjadi sejarah, sekarang menghitung hari saje untuk bertemu rakan kerja baru. Tidak mengapa, kerja dahulu baru enjoy!

Cerita hati aku




Semasa cerita ni keluar di pawagam, aku langsung tak ambil kisah..
Apabila adik aku membeli novelnya, aku tak jenguk langsung..
Walaupun aku penggemar DVD, aku lebih minat Hollywod yang penuh kesan khas..
Bila waktu kerja, ade pulak email kawan-kawan, dan terbagi la pulak novel 'soft copy' pada aku.
Sedang boring-boring kerja shift malam, terlayan pulak novel ni..
Penyakit angau aku pn datang...
Tak cukup soft copy novel, aku tengok kat youtube, 12 part pun tak ape.
Baca lagi tiap-tiap shift malam (lepas semua kerja selesai), siap runut bunyi asal (OST)
Lagu yang anda semua dengar ni la!!

Tak puas hati, terpikir la pulak, rajinnya diorang taip satu novel tu.
Oh, rupenya memang penulisnya yang bagi percuma kat laman web cerita ni.
Terima kasih Habbiburrahman Al Shirazy.
Ade suatu pengajaran untuk aku ingat, fahami dan amalkan.

Monday, May 17, 2010

Tangkap Muat

Telah menjadi tren sekarang, ramai yang suka mengambil gambar. Tak kesahlah, nk jadi poyo ker, nk jd kerier ker, lantak la korang. Aku pn termakan 'racun' jugak. hehe. Kat sini aku letak la beberapa gambar-gambar yang bukan lah koleksi terbaik aku (cover version).

My First




Hidup yang aku lalui, ada banyak kenangan pahit manis. Semakin lame aku hidup, aku belajar untuk berhati-hati. Belajar untuk berdikari, belajar untuk terus hidup, menyesuaikan diri, mengadaptasi dari apa yang dilihat, didengar, seperti kata bijak pandai:
"orang yang bijak, belajar dari pengalaman, orang yang lebih bijak, belajar dari pengalaman orang lain"

Mengadaptasi, lebih tepat adalah meniru, tidak salah meniru, ia cara untuk belajar. Akan tetapi, gunakanlah akal fikiran untuk disesuaikan dengan kegunaan sendiri. Jikalau tiada ilham, persekitaran yang pada asalnya penarik tumpuan, akan menjadi guru untuk mengharungi kehidupan.

Walau apa jua yang aku ceritakan disini, bukan lah sesuatu yang menarik untuk dibaca. Ia sebahagian dari diri aku, cara aku berfikir pada asasnya, dan orang berfikir cara yang sama. Jadi, apakah jadahnya aku menulis di malam hari ini?

Lupekan! Lihat sahaja gambar yang aku hidangkan di atas, bagi aku ia menarik perhatian apabila terpacul bulan disiang hari. Ia jelas menjengkelkan di hamparan langit. Diabadikan pada awal tahun 2010, dimana angan bertiup agak malas dan matahari terik, air pantas menjadi wap, tetapi tidak diganggu oleh tiupan bayu mengganas, terhasil gambaran tersebut, kawanan awan berkupul-kepul disuatu tempat. Tidak mengganggu pandangan terus ke dada langit biru.

Masih ada beberapa gambaran langit, dimana kawanan awan lebih mesra dan langit seperti dilukis oleh kanak-kanak tadika, dengan biru penuh, tanpa pencabulan teknologi visual. Aku akan letakkan untuk tatapan akan datang.