Monday, April 18, 2016

Patah hati bercinta

Hari ni kawan aku menceritakan tentang percintaan dia, yang putus dengan tragisnya.
Lalu mindaku bersiul...

"What a beautiful lies u gave me,
all the trick i cannot see,
the fantasy fly away,
with tears i had to pay."

Percintaan dia putus ditengah jalan, kekasihnya secara sembunyi meninggalkan dia.

Suatu masa dahulu, dia awal percintaan, kekasihnya pernah meluahkan rasa hampa kerana dibutakan cinta.

Bukan sedikit masa dan tenaga dihabiskan untuk mengubati hati yang kecewa.
Setelah pulih, ditinggalkan begitu sahaja.

Hidup sendirian, tak pernah menunjukkan kekecewaan kepada wanita itu.
Dalam hati, bisa yang tidak tertanggung, sakit yang amat sakit lagi menggunung.

"Ibarat pohon berguguran daun,
sehelai demi sehelai ditiup angin,
yang tinggal hanyalah ranting kering,
dan akar menunduk malu ke dalam bumi"

Bercerita dan berborak, 
berkongsi suka duka dan lawak..
Adakah ini rusuk di kanan atau di kiri
Lalu cermin menjelmakan wajah diri.
 
Aku hanya tersentak.
Masih hidup dalam kenangan.. 
Suatu kenangan yang menghidupkan..
Kehidupan sehari bekalan senyuman..


 ~diselimuti syahdunya kegembiraan semalam~
19 Apr 2016 , 3:13am
















Tuesday, April 5, 2016

Saintis temui pengguna email yahoo dan masih hidup

He he he..
Aku lah tu, saintis dan pengguna email yahoo tersebut.

2016 - masih hidup lagi, kuat dan tabah, sekuat besi waja ditempa pakar besi turun temurun...
kalu la aku tahu aku setabah sekarang, tak ku berganjak dari mengejar impian setinggi awan.

2015 - hidup bekerja dan meneruskan kehidupan. Sesal tak ku sesali, menjadi kuat seperti besi.

2014 - botak aku dibuatnya, bukan tak bahagia, tapi asik terkenang kisah duka.

2013- saat ku ditemukan dengan kekasih abadi, tak ku menoleh kebelanga lagi, walau hidup seperti mimpi.

2012 - suka duka menjadi manusia, pahit ku telan, api membara ku tempuhi.

2011- bergembira melupakan sakit.


Moga berjumpa di hari mendatang.