Monday, April 18, 2016

Patah hati bercinta

Hari ni kawan aku menceritakan tentang percintaan dia, yang putus dengan tragisnya.
Lalu mindaku bersiul...

"What a beautiful lies u gave me,
all the trick i cannot see,
the fantasy fly away,
with tears i had to pay."

Percintaan dia putus ditengah jalan, kekasihnya secara sembunyi meninggalkan dia.

Suatu masa dahulu, dia awal percintaan, kekasihnya pernah meluahkan rasa hampa kerana dibutakan cinta.

Bukan sedikit masa dan tenaga dihabiskan untuk mengubati hati yang kecewa.
Setelah pulih, ditinggalkan begitu sahaja.

Hidup sendirian, tak pernah menunjukkan kekecewaan kepada wanita itu.
Dalam hati, bisa yang tidak tertanggung, sakit yang amat sakit lagi menggunung.

"Ibarat pohon berguguran daun,
sehelai demi sehelai ditiup angin,
yang tinggal hanyalah ranting kering,
dan akar menunduk malu ke dalam bumi"

Bercerita dan berborak, 
berkongsi suka duka dan lawak..
Adakah ini rusuk di kanan atau di kiri
Lalu cermin menjelmakan wajah diri.
 
Aku hanya tersentak.
Masih hidup dalam kenangan.. 
Suatu kenangan yang menghidupkan..
Kehidupan sehari bekalan senyuman..


 ~diselimuti syahdunya kegembiraan semalam~
19 Apr 2016 , 3:13am
















No comments:

Post a Comment